Sunday, 13 May 2012

REKA BENTUK PENGHASILAN PROJEK



Faktor Reka Bentuk     

1.      Fungsi

a)      Reka bentuk memenuhi tujuan produk itu di buat
b)     Produk yang dihasilkan mestilah memenuhi fungsi yang dihasratkan

2.      Rupa bentuk

a)      Produk yang dfihasilkan dapat member implikasi yang besar kepada pengguna
b)     Menarik perhatian pengguna dengan warna, segi bentuk dan tekstur sesuatu rekaan

3.      Kesesuaian bahan

a)      Pemilihan bahan mestilah sesuai, mudah diperoleh, tepat dan tidak melebihi kos peruntukan

4.      Ketahanan

a)      Ketahanan reka bentuk seharusnya menepati tujuan atau fungsi reka bentuk dibuat
b)     Ketahanan penting supaya pengguna berasa yakin akan kekukuhan binaan ketika menggunakan produk itu.

5.      Kos

a)      Kos bahan, kos overhead dan kos upah di ambil kira
b)     Kos produk mestilah berpatutan dengan produk yang dihasilkan dan tidak membebankan pengguna



6.      Keselamatan

a)      Produk direka bentuk tidak mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna
b)     Produk yang dihasilkan selamt digunakan,mesra pengguna dan mesra alam
c)      Keselamatan dinilai dari aspek kekuatan dan kekukuhan cengkeman,sambungan serta pemasangan


Jenis  Bahan dan Pengikat  

A)                   BAHAN
Aluminium

1.      Bahan logam bukan ferus yang diperoleh daripada bahan galian bauksit
2.      Kepingan yang ringan, lembut, dan mudah dibentuk
3.      Pengalir elektrik yang baik
4.      Aluminium sesuai untuk menghasilkan barang perhiasan, peralatan rumah,kabel elektrik dan bahan binaan

 PVC (polyvinyl chloride)

1.      PVC dalam bentuk paip
2.      Bahan yang ringan, tahan karat dan mudah dikendalikan
3.      Saiz dipasaran 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm,38 mm dan 50 mm

  Perspek

1.      Kepingan plastik yang keras dan terdapat pelbagai warna dan ketebalan
2.      Perspek sesuai digunakan untuk membuat papan-papan tanda atau nombor kenderaan
3.      Perspek dipotong menggunakan pisau pemotong perspek

B)                   PENGIKAT
Rivet

1.      Rivet digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal
2.      Diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau Loyang
3.      Rivet digunakan bersama riveter
     
       Glu panas

1.      Bahan pengikat yang digunakan  untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek
2.      Glu panas digunakan bersama hot glue gun
3.      hot glue gun  menggunakan bekalan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas

      Skru benam sendiri

1.      Bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kepingan pada rangka atau pemidang projek daripada keluli lembut
2.      Menghasilkan cantuman yang kuat
3.      Kelebihan menggunakan skru benam sendiri ialah membolehkan cantuman dibuka semula jika berlaku kesilapan semasa pemasangan

 
    ALATAN TANGAN DAN  MESIN

A)                   ALATAN TANGAN
     
Pisau  pemotong perspek

1.      Mempunyai mata pemotong khas yang sesuai digunakan untuk memotong perspek
2.      Kepingan perspek digarit berulang kali dengan menggunakan mata pemotong perspek
Gandin getah

1.      Digunakan untuk mengetuk dan meratakan kepingan logam
2.      Sesuai juga untuk melipat kepingan logam dan membentuk keluli lembut yang nipis
3.      Gandin setah digunakan untuk mengelakkan permukaan kepingan logam menjadi calar atau rosak
Riveter

1.      Digunakan untuk merivet kepingan logam pada rangka
2.      Digunakan bersama rivet aluminium
Hot glue gun

1.      Untuk mencairkan batang glu panas semasa kerja mengglu projek
2.      Tuas penekan digunakan untuk mengeluarkan glu panas yang telah cair
B)                   MESIN

 Mesin gergaji jig

1.      Mesin mudah alih yang digunakan untuk memotong lurus dan lengkuk pada papan lapis serta MDF mengikut had ketebalan yang telah ditentukan
2.      Mata gergaji kasar sesuai untuk memotong papan yang lebih tebal

Cordless screwdriver

1.      Digunakan untuk memasang skru benam sendiri
2.      Mesin ini juga digunakan untuk menggerudi lubang memasangkan mata gerudi pada rahangnya
Sander

1.      Digunakan untuk kerja kemasan
2.      Berfungsi untuk meratakan dan melicinkan permukaan kayu serta membuang bahagian karat pada keluli sebelum proses kemasan dijalankan
3.      Sander dapat melicinkan permukaan projek dengan cepat